"Sayangi Keluarga" merupakan tema kedua dalam subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Sekolah Rendah bagi murid tahap 2 (Tahun 4,5,6). Berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, tema ini menghuraikan peranan dan tanggungjawab anggota keluarga dan pembinaan keluarga bahagia mengikut perspektif pelbagai agama.
Topik dalam tema ini ialah:
- Mengenali keluarga sendiri
- Peranan dan tanggungjawab anggota keluarga asas
- Hubungan keluarga kembangan
- Keluarga yang harmoni mengikut ajaran pelbagai agama dan kepercayaan
Berdasarkan tema dan topik tersebut, secara tidak langsung dapat memberikan pengetahuan kepada murid mengenai kekeluargaan terutama sekali peranan dan tanggungjawab sebagai anggota keluarga serta nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh murid.
Justeru, kami berharap blog ini dapat membantu murid untuk memperolehi maklumat berkaitan tema "Sayangi Keluarga" dan meluaskan lagi pengetahuan melalui aktiviti dan video yang kami sediakan pada blog ini. Pada masa yang sama, para guru juga boleh mendapatkan maklumat yang terdapat pada blog ini untuk tujuan proses P&P anda.
Selamat belajar.
P/S: Para guru dan bakal guru boleh mendapatkan SP & HSP bagi subjek PSK pada link dibawah ini. =)
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan:
Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan:
1 comments:
The emperor casino review | Shootercasino
Enjoy an extensive kadangpintar gambling experience that will 제왕카지노 allow you to win a 메리트카지노 lot in a wide range of online casino games. There's even a live poker tournament to bet on.
Post a Comment