CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Contoh RPH


Rancangan Pengajaran Harian
Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
Tarikh : 4 September 2012
Masa : 10.30 pagi – 11.30 pagi
Tahun : 4 Perdana
Tema : Sayangi Keluarga
Topik : Mengenali Keluarga Sendiri
Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga ahli keluarga asas berdasarkan bimbingan guru.
2. Menceritakan dengan lengkap latar belakang seorang anggota berdasarkan lembaran pengurusan grafik yang telah disediakan.
3. Mereka cipta kad ucapan untuk menghargai ahli keluarga sebagai tanda penghargaan berdasarkan contoh yang diberikan guru.
Kecerdasan Pelbagai : Visual ruang, interpersonal, verbal linguistik
Strategi Pengajaran : Penerangan, kontekstual
Kemahiran Generik : Menjana idea
Bahan sumber Pengajaran dan Pembelajaran : video “Sayangi Ayah” , kad imbas salasilah “Keluarga Siti”
Nilai : Kasih sayang, hormat-menghormati, menghargai keluarga
Pengetahuan sedia ada : Murid mempunyai ibu, bapa, abang, kakak, adik.




Rancangan Pengajaran Harian ini telah disediakan oleh:
Zulkifly bin Omar
Nurafifah binti Kula
Cynderilla Pointin Julius
Unit PISMP Pengajian Sosial Sem 5 Ambilan Jan 2011
IPG Kampus Kent